DUA 6022 - KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
TAJUK: KONSEP KEJIRANAN DAN HAK-HAK JIRAN
Nama Pensyarah:
Puan Noraini binti Nawawi
Disediakan oleh:
NO
|
NAMA
|
NO PENDAFTARAN
|
1.
|
ARMYZA SYUHADA
BINTI MOHD SAIDI
|
02DLS16F2022
|
2.
|
AIN FASIHAH BINTI
ROSTAM
|
02DLS16F2044
|
3.
|
NURUL FATIN
DIYANAH BINTI A.SAMSUDDIN
|
02DLS16F2052
|
4.
|
NUR SYAMIMI
IZZATI BINTI ISHAM
|
02DLS16F2056
|
5.
|
FARHA NABILA
BINTI SAARI
|
02DLS16F2062
|
KELAS DLS 5A
SESI DISEMBER 2018
ISI KANDUNGAN
PERKARA
|
1.0 PENGHARGAAN
|
2.0
PENGENALAN
|
3.0 OBJEKTIF
KAJIAN
|
4.0
HURAIAN ISI
4.1
MAKSUD JIRAN
4.2 MAKSUD
KEJIRANAN DALAM ISLAM
4.3 KONSEP
KEJIRANAN
4.4 ABAD-ABAD
BERJIRAN
4.5 HAK-HAK
BERJIRAN
4.6 HAK
JIRAN YANG PERLU DIPELIHARA
4.7
HIKMAH BERADAB DENGAN JIRAN
|
5.0
KESIMPULAN
|
6.0
RUJUKAN
|
7.0
LAMPIRAN
|
1.0 PENGHARGAAN
Assalammualaikum w.b.t. bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga menyiapkan e-folio kami yang telah diusahakan selama ini bertajuk konsep kejiranan dan hak-hak jiran. Folio ini amat penting buat kami memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada tugasan subjek kami.
Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada Pensyarah subjek Komunikasi dan Penyiaran dalam Islam kami iaitu Puan Noraini binti Nawawi kerana telah membantu dan memberi tunjuk ajar kepada kami dalam menyiapkan e-folio ini.
Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa kami kerana banyak membantu kami secara langsung dan secara tidak langsung dari memberi sokongan, dorongan dan kewangan sepanjang folio ini disiapkan.
Tidak lupa uga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan tugasan masing-masing. Bantuan dari segi informasi terkini mengenai tajuk folio ini.
Akhir sekali, terima kasih kepada pihak yang telah membantu kami secara langsung dan tidak langsung sepanjang e-folio ini dijalankan.
2.0 PENGENALAN
Semangat hidup berjiran yang kita warisi sejak turun temurun, kini jelas semakin terpinggir. Keadaan tersebut tidak wajar dibiarkan kerana hidup berjiran banyak manfaatnya. Dengan semangat kejiranan, masalah jenayah dapat dikurangkan. Kita tidak dapat menafikan bahawa kejadian pecah rumah kerap berlaku ketika penghuninya tiada di rumah. Jika semangat kejiranan dalam masyarakat kita kuat, masalah sedemikian dapat dielakkan kerana sebagai jiran yang bertanggungjawab, seseorang itu akan prihatin terhadap rumah dan harta benda jirannya ketika ketiadaan mereka. Mereka akan membantu melihat persekitaran rumah tetangga dan mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sesuatu yang meragukan.
Untuk memupuk semangat kejiranan, sistem pendidikan memainkan peranan penting iaitu melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Agama, Pengetahuan Moral ataupun melalui penyerapan dalam mata pelajaran lain. Dengan cara ini, amalan hidup berjiran dapat dipupuk di kalangan kanak-kanak. Matlamat pengajaran haruslah menekankan pengamalan budaya tersebut dalam kehidupan sebenar. Bukan hanya setakat mengetahuinya di atas kertas sahaja. Memupuk budaya ini di kalangan kanak-kanak adalah lebih mudah. Bak kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
Langkah meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai juga tidak kurang pentingnya. Mereka harus selalu diingatkan agar mengunjungi antara sesama jiran pada waktu perayaan agar mereka dapat mengenali antara satu sama lain. Begitu juga amalan mengadakan rumah terbuka perlu digalakkan. Sikap pentingkan diri dan berprasangka buruk terhadap jiran seharusnya dihapuskan kerana sifat ini menghalang pembentukan budaya tersebut.Memandangkan amalan hidup berjiran dapat menjamin pewujudan masyarakat penyayang yang amat penting dalam negara majmuk seperti di negara kita, maka kita mestilah sama-sama mengamalkannya
Seterusanya, pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti rukun tetangga, kenduri dan gotong-royong perlu dijalankan supaya hubungan antara rakyat berbilang kaum dapat dieratkan. Penduduk kawasan perumahan setempat harus mengambil inisiatif untuk menjalankan aktiviti yang melibatkan rakyat pelbagai kaum seperti meraikan perayaan-perayaan di Malaysia bersama-sama. Aktiviti hari keluarga dan pesta budaya Malaysia juga dapat meningkatkan semangat kejiranan di antara rakyat Malaysia.
Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersatu dalam usaha untuk memupuk semangat kejiranan di antara rakyat demi mencapai perpaduan kaum. Bak kata pepatah, ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’. Kita sebagai rakyat Malaysia, kita juga haruslah menghargai keharmonian dan keamanan yang dinikmati oleh semua rakyat dan perlu berusaha dan menyumbangkan tenaga untuk mengukuhkan perpaduan di antara rakyat berbilang kaum negara kita. Diharapkan semua lapisan masyarakat akan memikul tanggungjawab untuk mengekalkan dan mengukuhkan lagi perpaduan di negara Malaysia.
Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasa Rasulullah S.A.W telah bersabda maksudnya : " Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat , maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.
( hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini membincangkan tentang hubungan kejiranan dalam masyarakat sebagaimana yang dituntut dalam agama Islam. Kajian ini dibuat bertujuan untuk mengenal pasti konsep kejiranan itu sendiri yang meliputi hikmah, tanggungjawab dan hak-hak serta permasalahan yang dihadapi dalam mewujudkan hubungan kejiranan dalam kehidupan masyarakat. Kaedah yang digunakan ialah melalui penyelidikan perpustakaan dengan mengumpulkan bahan-bahan dan maklurnat yang berkaitan daripada buku-buku dan lain-lain penerbitan. Di samping itu kaedah kajian juga dilakukan melalui hasil pemerhatian secara rambang dalam beberapa perkara yang berkaitan. Di antara objektif kajian ialah untuk memberi kefahaman kepada semua masyarakat khususnya masyarakat Islam tentang sejauhmana tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh mereka dalam hidup berjiran serta mengetahui prinsip-prinsip pergaulan sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam agar perpaduan dan permuafakatan di kalangan masyarakat dapat diwujudkan. Ini memandangkan masyarakat hari ini semakin hari semakin mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang jiran. Hasil kajian yang dibuat menunjukkan bahawa semangat kejiranan itu penting sebagai salah satu cara untuk mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat seterusnya melahirkan sebuah negara yang aman dan makmur.
4.1 MAKSUD JIRAN
Jiran tetangga merupakan
satu golongan yang mendapat perhatian yang penting didalam setiap institusi
masyarakat. Dengan adab yang baik yang ditonjolkan didalam setiap ahli
masyarakat didalam kawasan kejirananan adalah asas kepada keamanan, kemajuan
dan keharmonian sesebuah masyarakat.
Kepentingan adab
berjiran amat penting dan dititikberatkan didalam agama Islam. Adab atau ikhlas
bermaksud segala sikap, budi, pekerti, perangai, tingkahlaku dan tabiat. Islam
ada menggariskan beberapa adab yang perlu dipatuhi didalam kehidupan berjiran.
Antara yang paling ditekankan ialah ketika berbicara sesama jiran. Hal ini
kerana, setiap apa yang dibicarakan oleh seseorang, ia menggambarkan apa yang
ada didalam kotak fikirannya serta perangainya. Bagi setiap muslim, semasa
bersosial perlu mengelak membicarakan sesuatu yang tidak berfaedah.
Selain itu, Islam juga menggariskan panduan kepada setiap muslim untuk sentiasa
memuliakan jiran. Antaranya memuliakan jiran ialah sentiasa menghormati jiran
dan sentiasa bersangka baik sesama jiran. Hormat menghormati disini membawa
erti mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberikan
layanan yang penuh sopan. Manakala berbaik sangka ialah sentiasa berfikiran
positif kepada jiran tetangga.
JIRAN ITU KEPADA 3 JENIS
SEPERTI yang disebutkan di
bawah:
a. JIRAN YANG MUSLIM DAN
BERHUBUNGAN DARAH – Mereka ini
mempunyai tiga hak iaitu hak Islam, hak kekeluargaan dan hak kejiranan
b. JIRAN YANG MUSLIM TANPA
HUBUNGAN DARAH – Mereka ini
mempunyai dua hak iaitu hak muslim dan hak kejiranan.
c. JIRAN YANG BUKAN ISLAM – Mereka ini mempunyai satu hak iaitu hak
kejiranan.
4.2 MAKSUD KEJIRANAN
DALAM ISLAM
Berdasarkan syarak, jiran ialah orang
yang berdekatan dengan rumah kita sama ada di kanan, kiri, di depan atau
belakang mahupun di tingkat atas ataupun bawah hingga 40 rumah dari setiap
sudut.
Dalam perkataan Arab, jiran membawa
maksud orang yang tinggal sebelah menyebelah atau tetangga. Oleh itu, dapat
disimpulkan bahawa semangat kejiranan membawa erti satu suasana dan perhubungan
yang positif dalam satu-satu kawasan kejiranan. Ini menunjukkan bahawa Islam
menitik beratkan hubungan harmoni dan persaudaraan di antara satu sama lain dan
agama Islam ialah sebaik-baik agama yang menghubungkan pertalian dan kebaikan
di antara sesama manusia.
Menetapkan lingkungan jiran dan had
jiran dalam sesuatu kawasan berbeza-beza menurut keadaan tertentu dan suasana.
Bahkan menurut Al-Alusi dalam Kitabnya Ruhul Ma’ani Fi tafsiril Qur’an Al-Azim
Wa Sab’ul Masani bahawa penetapan jiran ini dan lingkunganya secara zahir
kembali kepada uruf (adat setempat). Ini pendapat yang agak tepat kerana dalam
kaedah syarak menyebutkan setiap yang datang dari perintah syarak ialah mutlak
dan sekiranya tidak ada penerangan jelas dari kaedah melaksanakannya juga tidak
dapat dijelaskan dari pemahaman zahir bahasa maka dikembalikan kepada adat
kebiasaan dalam melaksanakannya.
Manusia secara fitrah hidup
bermasyarakat dan berkelompok kerana setiap orang harus saling memerlukan di
antara satu sama lain dalam menjalani kehidupan. Tidak mungkin seorang
manusia boleh hidup seorang diri tanpa perlu berurusan dengan orang lain selama
dia tinggal dalam sebuah masyarakat. Memiliki tempat tinggal termasuk di antara
salah satu rezeki dan nikmat kerana padanya manusia tinggal dan huni serta
menetap untuk melindungi diri dan meneruskan kehidupan dengan teratur dan
selesa.
4.3 KONSEP KEJIRANAN
Salah satu daripada ajaran Islam yang amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat ialah amalan hidup berjiran. Secara fitrahnya, manusia tidak boleh hidup seorang diri atau mengasingkan diri. Oleh itu, Islam telah menekankan kepentingan menjalinkan hubungan dalam kalangan masyarakat sekeliling. Hubungan yang baik dapat membentuk sifat saling membantu, bekerjasama, saling menyayangi, menghormati dan sebagainya.
(Gambar menunjukkan budaya kejiranan)
Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan. Hal ini kerana, hidup
berjiran merupakan salah satu cara hidup Islam. Dalam konteks kejiranan, umat
Islam perlu saling menghormati dan sentiasa menjaga keselamatan diri dan harta
benda. Hubungan baik sesama jiran perlu sentiasa dijaga seperti yang dituntut
dalam agama. Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan hendaklah kamu
berbuat baik kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang
miskin, jiran tetangga yang dekat dan jauh, orang musafir dan hamba yang kamu
miliki.”
(Surah al-Nisa’ 4:36)
1. Sentiasa mewujudkan suasana kemesraan melalui usaha kenal-mengenal dan hormat menghormati antara satu sama lain. Antara caranya dengan memulakan salam jika bertemu dengan sesama Muslim atau ucapan penghormatan yang baik jika bertemu dengan bukan Muslim.Sentiasa bertoleransi samada yang melibatkan urusan keagamaan,adat resam, budaya, cara hidup dan lain-lain lagi
2. Tidak menyakiti mereka samada melalui perkataan, perbuatan atau sekadar sangkaan buruk.Jiran yang jahat dan tidak berakhlak digambarkan sebagai lembaga hitam yang telah dirasuk syaitan sehingga tergamak melakukan kejahatan dan kedurjanaan sehingga menimbulkan ketakutan dan kegerunan kepada insan lain.
Rasul SAW pernah bersabda : “ Demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman.
Sahabat bertanya : “Siapakah (yang tidak beriman itu) ya Rasulullah?”
Rasulullah SAW menjawab : ” Orang yang menyebabkan jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.”
Riwayat Bukhari dan Muslim dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak masuk syurga, barangsiapa yang jirannya tidak merasa aman(selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.” (Riwayat Muslim)
3. Sentiasa menuturkan kata-kata yang baik dan menghormati mereka sebagai manusia.
4. Sentiasa mengambil berat dan bersimpati terhadap segala permasalahan yang sedang mereka hadapi sama ada yang berkaitan dengan masalah keagamaan, kekeluargaan atau rumah tangga, kejiwaan, kesihatan,pelajaran, , kewangan, makan-minum, dan sebagainya. Sentiasa mempamerkan akhlak yang mulia sesama jiran sehingga akhirnya melahirkan perhubungan kejiranan yang lebih mesra dan lebih akrab.
5. Menyayangi mereka seperti mana kita menyayangi diri kita sendiri. Oleh yang demikian kita hendaklah sentiasa berusaha untuk melakukan perkara yang menjadi kesukaan mereka, selagi tidak bertentangan dengan syariat agama dan sama-sama berusaha menghindarkan perkara-perkara yang mereka tidak sukai.
6. Sentiasa berusaha mewujudkan suasana aman, damai, tenteram, sejahtera dan ceria dalam kehidupan berjiran. Faktor inilah juga yang menyebabkan Rasulullah SAW menyatakan bahawa antara rukun-rukun kebahagiaan ialah ‘jiran yang baik’.
7. Sentiasa memelihara diri agar tidak melakukan sebarang kesalahan dan kerosakan serta mencemar maruah dan diri jiran, termasuklah terhadap isterinya,anak-anaknya, harta bendanya dan lain-lain lagi.
8. Rasakan kesusahan jiran seperti kesusahan yang kita tanggung sendiri dan zahirkan kegembiraan ketika mereka bergembira, sama ada ketika mendapat rumah baru, perabut baru, kelahiran anak baru, mendapat menantu dan sebagainya.
9. Sentiasa bersabar di atas segala perlakuan buruk yang dilakukan oleh jiran, sebaik-baiknya kita hendaklah sentiasa bersedia untuk memaafkan segala kesalahan dan kesilapan dan tidak membalas segala kejahatan tersebut, sebaliknya membalasnya dengan kebaikan.
4. Sentiasa mengambil berat dan bersimpati terhadap segala permasalahan yang sedang mereka hadapi sama ada yang berkaitan dengan masalah keagamaan, kekeluargaan atau rumah tangga, kejiwaan, kesihatan,pelajaran, , kewangan, makan-minum, dan sebagainya. Sentiasa mempamerkan akhlak yang mulia sesama jiran sehingga akhirnya melahirkan perhubungan kejiranan yang lebih mesra dan lebih akrab.
5. Menyayangi mereka seperti mana kita menyayangi diri kita sendiri. Oleh yang demikian kita hendaklah sentiasa berusaha untuk melakukan perkara yang menjadi kesukaan mereka, selagi tidak bertentangan dengan syariat agama dan sama-sama berusaha menghindarkan perkara-perkara yang mereka tidak sukai.
6. Sentiasa berusaha mewujudkan suasana aman, damai, tenteram, sejahtera dan ceria dalam kehidupan berjiran. Faktor inilah juga yang menyebabkan Rasulullah SAW menyatakan bahawa antara rukun-rukun kebahagiaan ialah ‘jiran yang baik’.
7. Sentiasa memelihara diri agar tidak melakukan sebarang kesalahan dan kerosakan serta mencemar maruah dan diri jiran, termasuklah terhadap isterinya,anak-anaknya, harta bendanya dan lain-lain lagi.
8. Rasakan kesusahan jiran seperti kesusahan yang kita tanggung sendiri dan zahirkan kegembiraan ketika mereka bergembira, sama ada ketika mendapat rumah baru, perabut baru, kelahiran anak baru, mendapat menantu dan sebagainya.
9. Sentiasa bersabar di atas segala perlakuan buruk yang dilakukan oleh jiran, sebaik-baiknya kita hendaklah sentiasa bersedia untuk memaafkan segala kesalahan dan kesilapan dan tidak membalas segala kejahatan tersebut, sebaliknya membalasnya dengan kebaikan.
Kejiranan
ialah satu daripada fitrah manusia yang hidup dalam masyarakat dan Islam itu
berada di antara pertengahan dalam banyak perkara dengan tidak berlebih dan
berkurang. Menyentuh perihal jiran, Islam tidak membebani seseorang itu dengan
sesuatu hal yang melampau sehingga dia perlu memelihara jirannya dengan
mengabaikan hak dirinya sendiri sebaliknya juga sehingga tidak mengabaikan hak
jirannya dengan mengutamakan dirinya sendiri sebaliknya berlaku tangungjawab
ini secara saksama.
Daripada hadis
yang diriwayatkan oleh Iman al-Ghazali dalam kitab “Arbain Nawawi”. Rasulullah
SAW bersabda:
“Tahukah kamu apakah hak jiran tetangga?”
(Al-Ghazali)
1. Jika ia meminta
pertolongan daripada kamu, engkau akan menolongnya.
2. Jika ia minta
pinjaman, engkau akan memberikan pinjaman kepadanya.
3. Jika ia memerlukan
sesuatu, engkau akan memberikannya.
4. Jika ia sakit,
engkau akan menziarahinya.
5. Jika ia meninggal
dunia, engkau turut menghantar jenazahnya.
6. Jika ia mendapat
sesuatu kebaikan, engkau ucapkan tahniah kepadanya.
7. Jika ia tertimpa
bahaya, engkau turut sedih bersamanya.
8. Jangan sekali-kali
engkau meninggikan rumahmu sehingga menyekat angin untuk sampai kerumahnya
kecuali dengan izinnya.
9. Jika engkau beli buah-buahan,
berikan sedikit kepadanya.
10. Jika engkau tidak
mahu memberikannya maka hendaklah engkau memasukan buah-buahan itu ke dalam
rumah secara rahsia supaya tidak kelihatan olehnya.
11. Jangan mengganggu
perasaaannya dengan bau masakan kamu, melainkan engkau akan memberikan sedikit
daripada makanan itu.
Berikut
ialah di antara HAK JIRAN YANG WAJAR DIPELIHARA:
1. TIDAK MENYAKITI JIRAN DAN
MEMELIHARA KEAMANAN DENGAN JIRAN
Menyakiti jiran ialah satu dosa yang
besar dan menjadikan seseorang dimurkai oleh Allah swt. Ini berdasarkan sabda
baginda rasulullah : “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan
hari akhirat maka janganlah dia menyakiti jirannya” . (hadith sahih riwayat
Bukhari no. 5787 dan Muslim no. 47).
Perbuatan menyakiti jiran ini adalah
dilarang baik dengan perbuatan, perkataan dan lisan juga dengan cara dan sikap
yang ditunjukkan dan tidaklah menjadi seorang yang benar-benar beriman di sisi
Allah bagi mereka yang bermusuhan dengan jirannya.
Daripada Abi Hurairah ra yang berkata
telah bertanya kepada nabi salallahualaihiwasalam akan perihal seorang
perempuan yang sesungguhnya dia itu berpuasa siang dan mendirikan solat malam
tetapi menyakiti jirannya dengan lisannya maka dijawab oleh baginda : “
Tidak ada kebaikan baginya dan dia itu berada di neraka” dan ditanyakan
kepada baginda akan perihal seorang perempuan yang lain yang bersolat sekadar
yang wajib dan berpuasa ramadhan dan bersedekah tetapi tidak menyakiti jirannya
maka dijawab : “Maka dia berada di syurga”. (hadith sahih riwayat Ahmad no. 9673 dan
Ibn Hibban no. 5763 dan Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 119 dan Hakim no, 7304
dengan sahih Isnad dan disepakati oleh Adz-zahabi).
2. MENGHORMATI JIRAN DAN
PENGAMALAN MEREKA (KEHIDUPAN MEREKA) SELAMA TIDAK MEMBAWA MUDHARAT
Memuliakan jiran termasuk kewajipan dan
menghormati mereka ialah perintah dari Allah serta termasuk salah satu tanda
keimanan. Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama Islam maka menghormati dan
tidak menganggu kehidupan dan pengamalan mereka misalnya ibadah mereka dalam
agama mereka seperti yang dilakukan oleh orang-orang Cina dengan meletakkan
tokong di luar rumah maka hendaklah dihormati selama tidak membawa bahaya dan
mudharat.
Baginda
rasulullah bersabda: “
Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia
memuliakan jirannya” atau dalam riwayat yang lain menyebut “ hendaklah berlaku
baik kepada jirannya”.(hadith sahih riwayat Bukhari no.5673 dan Muslim no.
47,48).
Adapun bagi jiran yang beriman dan
beragama Islam maka sekiranya jiran itu melakukan maksiat dan dosa serta
kehidupannya tidak menuruti syariat Islam maka hendaklah didakwahkan dan
berusaha dibimbing dengan nasihat dan teguran.
Sebaik-baik amal makruf dan mencegah
mungkar itu ialah di dalam keluarga sendiri dan kemudian kepada jiran yang
berdekatan. Menegur dan menasihati jiran dengan kebaikan dan kasih sayang,
membimbing mereka kepada syariat Allah dan mencegah mereka dari melakukan
maksiat ialah sebaik-baik dakwah dan cara memuliakan mereka.
3. MEMBERI LAYANAN BAIK DAN
KASIH SAYANG SERTA AKHLAK YANG BAIK DALAM MUAMALAH DENGAN MEREKA
Islam mementingkan hubungan mesra dan
layanan baik kepada jiran dan ini terlihat dari banyak panduan dari hadith
baginda antaranya ialah daripada riwayat Abu Dzar ra yang menyebut telah
bersabda rasulullah : “Wahai Aba Zar sekiranya engkau memasak
maraq (sejenis makanan berkuah seperti sup) maka banyakkanlah kuahnya dan
berikan kepada jiran engkau”. (hadith sahih riwayat Muslim no. 2625).
Juga daripada riwayat Abdullah ibn Amru
ibn As ra yang menyebut bahawa baginda rasulullah pernah menyembelih kambing
lalu bersabda : ”Apakah kamu sudah memberikan hadiah sebahagian dari daging tadi kepada
jiran kita yang merupakan si yahudi itu ?” diulang sebanyak tiga kali oleh
baginda.(hadith sahih riwayat Abu Daud no. 5152 dan Tirmidzi no. 1943 dengan
menghasankannya dan Ahmad no. 6496).
4. MEMBANTU
DAN MENOLONG MEREKA APABILA DALAM KESUSAHAN
Termasuk di antara hak dan kewajipan
seseorang terhadap jirannya ialah membantu dan berusaha mengurangkan beban
jirannya yang kesusahan sekadar mampunya.
Rasulullah bersabda : “Bukanlah
orang yang beriman sekiranya dia kenyang seorang diri sedangkan jiran
disebelahnya kelaparan” dan dalam riwayat lain menyebut “
Tidaklah beriman kepadaku orang yang kenyang sedangkan jirannya kelaparan
disebelahnya dan dia mengetahui keadaan jirannya itu”
(hadith sahih riwayat Bukhari dalam
Adabul Mufrad no. 112 dan Baihaqi dalam Sunan Kubra no. 19452 dan Hakim no,
7307 dengan isnad yang sahih dan disepakati oleh Adz-zahabi dan berkata Hafidz
Al-Munziri bahawa rijalnya siqah).
Islam menetapkan bahawa hendaklah jiran
itu membantu sekadar mampu dirinya untuk meringankan beban dan tekanan yang
dihadapi dari kesusahan oleh jirannya dan demikianlah Islam berusaha memberi
pertunjuk sedapat mungkin ke arah mencapai bahagia.
5) MENJAGA RAHSIA DAN MEMELIHARA
KEPENTINGAN MEREKA SERTA TIDAK BERLAKU KHIANAT
Disebalik berusaha melakukan kebaikan
kepada jiran dan membantu jiran maka seseorang itu juga harus berusaha
mengelakkan dari mencederakan jirannya dan berlaku khianat serta membocorkan
rahsia dan keaiban dari jirannya.
Hendaklah seorang yang beriman itu
melindungi jirannya dari perkara yang membawa bahaya dan mudharat serta tidak
menyerahkan mereka kepada musuhnya. Ini berdasarkan sabda baginda rasulullah
yang menyebut : “Tidaklah masuk syurga orang yang tidak mengamankan jirannya dari
sesuatu yang boleh membahayakannya” dan dalam riwayat lain “ orang yang
tidak menyelamatkan jirannya dari sesuatu yang memudharatkannya” . (hadith
sahih riwayat Bukhari no. 5670 dan Muslim no. 46).
Memelihara jiran dari sesuatu yang
bahaya, juga bermaksud tidak menyerahkan mereka kepada musuh dan membelot
kepada mereka serta juga tidak membiarkan mereka tanpa amaran apabila adanya
bahaya mendekati mereka.
Berlaku khianat kepada jiran boleh
terjadi dengan cara membocorkan rahsia jiran yang boleh memalukan mereka,
mencederakan maruah atau nyawa mereka dan harta benda mereka. Bahkan pelbagai
cara boleh berlaku dan yang paling buruk dan jahat serta keji di sisi Allah
ialah mengkhianati jiran dengan melakukan keburukkan kepada ahli keluarga
mereka.
4.6 HAK JIRAN YANG PERLU DIPELIHARA
Rasulullah s.a.w. selalu dipesan oleh malaikat Jibril supaya berbuat baik kepada jiran. Dalam sebuah hadis sahih; diriwayatkan daripada Aisyah r.a. Baginda Mulia telah bersabda: “Jibril sentiasa berpesan kepadaku tentang jiran, sehingga aku menyangka Jibril akan menjadikan jiran itu sebagai waris (kepada jirannya).” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Tirmizi).
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Tidak sempurna iman, jika kamu tidur dalam kekenyangan sedang jiran tetangga mu menangis kerana kelaparan.
Kes sosial yang pertama dibicarakan di mahkamah Allah Subhanahuwata’ala di hari kiamat ialah tentang jiran, samada kita mendakwa jiran atau jiran yang akan mendakwa kita. Misalnya jiran kita uzur, miskin dan kita tidak pernah menolongnya. Dalam kes sepetti ini, jiranlah yang akan mendakwa kita di akhirat nanti.
At-Tabrani meriwayatkan daripada Jabir r.a. daripada Nabi s.a.w., Baginda bersabda; “Jiran itu 3 golongan iaitu, jiran dengan 1 hak, iaitu jiran yang musyrik. Dia hanya ada hak kejiranan. Kedua, jiran dengan 2 hak iaitu jiran yang beragama Islam. Dia ada hak kejiranan dan ada hak Islam dan yang ketiga jiran dengan 3 hak iaitu jiran beragama Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Dia ada hak kejiranan, ada hak Islam dan ada hak hubungan kekeluargaan.”
Satu ketika Rasulullah SAW berkumpul bersama dengan para sahabat. Kemudian salah seorang sahabat berkata bahawa dia memiliki seorang jiran wanita yang sering berpuasa disiang hari dan di malam harinya bersembahyang tahajjud. Tetapi Rasulullah mengatakan bahawa wanita itu adalah ahli Neraka. Sahabat bertanya, mengapa demikian. Jawab Baginda Rasulullah SAW, “Wanita itu selalu menyakiti jiran tetangga dengan lidahnya, tidak ada kebaikan lagi baginya dan dia adalah ahli Neraka.
Nabi menyatakan lagi dalam hadisnya:
Jika ia meminta tolong kepadamu, Engkau akan menolongnya. Jika ia minta pinjaman, engkau akan memberikan pinjaman kepadanya. Jika ia memerlukan sesuatu, engkau akan memberikannya. Jika ia sakit engkau akan menziarahinya, Jika ia mendapat sesuatu kebaikan, engkau ucapkan tahniah kepadanya, jika ia tertimpa bahaya, engkau turut sedih bersamanya. Jika ia meninggal dunia, engkau turut menghantar jenazahnya. Jangan sekali-kali engkau meninggikan rumahmu sehingga menyekat angin untuk sampai kerumahnya kecuali dengan izinnya. Jangan mengganggu perasaannya dengan bau masakan kamu, melainkan engkau akan memberikan sedikit dari makanan itu.Jika engkau beli buah-buahan, berikan sedikit kepadanya. Jika engkau tidak mahu memberikannya maka hendaklah engkau memasukan buah-buahan itu ke dalam rumah secara rahsia supaya tidak kelihatan olehnya dan janganlah mem biarkan anakmu memakan buah-buahan itu dihadapan anaknya, kelak anak jiran itu akan menangis mahukan buah tersebut.
4.7 HIKMAH BERADAB DENGAN JIRAN
Terdapat banyak hikmah yang kita dapat perolehi sekiranya kita mengamalkan nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat dan berjiran.Antara hikmah yang kita dapat kecapi apabila mengamalkan nilai-nilai murni semasa berada di kejiranan ialah:
1.Kehidupan akan dipenuhi dengan keharmonian dan kedamaian.Kita tidak mungkin akan mempunyai sebarang masalah antara satu sama lain.
2.Pengamalan nilai murni dalam kalangan masyarakat dapat menyatukan masyarakat ke arah kemajuan dan kehidupan yang lebih berkualiti.Sebarang kata putus atau keputusan juga dapat diputuskan dengan adil dan saksama.
3.Sifat individualistik dalam diri juga dapat dihakis.
4.Sebarang kemungkaran dapat dibasmi dengan mudah dan cepat.Kes-kes seperti kecurian dan pecah rumah juga dapat dibendung sekiranya masyarakat mengetahui segala adab berjiran.
5.Pengamalan adab yang sepatutnya di kawasan kejiranan dapat meringankan segala kerja yang berat.Sebagai contoh,kerja-kerja seperti jamuan atau kenduri dapat dilaksanakan dengan mudah sekiranya semua jiran menghulurkan bantuan.
1.Kehidupan akan dipenuhi dengan keharmonian dan kedamaian.Kita tidak mungkin akan mempunyai sebarang masalah antara satu sama lain.
2.Pengamalan nilai murni dalam kalangan masyarakat dapat menyatukan masyarakat ke arah kemajuan dan kehidupan yang lebih berkualiti.Sebarang kata putus atau keputusan juga dapat diputuskan dengan adil dan saksama.
3.Sifat individualistik dalam diri juga dapat dihakis.
4.Sebarang kemungkaran dapat dibasmi dengan mudah dan cepat.Kes-kes seperti kecurian dan pecah rumah juga dapat dibendung sekiranya masyarakat mengetahui segala adab berjiran.
5.Pengamalan adab yang sepatutnya di kawasan kejiranan dapat meringankan segala kerja yang berat.Sebagai contoh,kerja-kerja seperti jamuan atau kenduri dapat dilaksanakan dengan mudah sekiranya semua jiran menghulurkan bantuan.
5.0 KESIMPULAN
Hendaklah kita semua yang beriman kepada Allah dan rasul serta hari akhirat mentaati perintah agama dalam memuliakan jiran dan menunaikan hak-hak kejiranan sebaik dan semampu yang dapat diusahakan sebagai memenuhi kewajipan sebagai seorang yang beriman.
لاَ يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا
“ Tidaklah Allah meletakkan tanggungjawab pada seseorang melainkan dengan sekadar kemampuannya” (Al-Baqarah : 286).
Hak kejiranan dan panduan yang diberikan oleh Islam tidak lain ialah untuk mencapai apa yang disebutkan sebagai salah satu daripada kebahagiaan dan keamanan dalam hidup.
Sabda rasulullah salallahualaihiwasalam : “Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah perempuan yang solehah, tempat tinggal yang lapang dan jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang tidak baik, serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk” .
(hadith sahih riwayat Ibn Hibban dalam sahihnya no. 4032 dan Abu Nuaim dalam Hilyatul Auliya no. 388 Jilid 8 dan isnad hadith ini sahih dengan menepati syarat Syaikhain diriwayatkan juga oleh Ahmad m/s 1445 Jilid 1 dan Hakim no. 2640 dan Bazzar serta Tibrani dengan lafaz yang hampir sama), yang mempunyai anak-anak, jiran dapat menjadi teman dan contoh kepada perkembangan anak-anak dan persekitaran yang terbentuk memberikan kesan kepada masa depan mereka.
Memiliki jiran yang beragama dan Jiran merupakan teman sekehidupan yang berada berhampiran dengan kehidupan kita seharian dan mereka mempengaruhi keselesaan dan persekitaran hidup diri kita dan ahli keluarga. Bagi soleh dapat mempengaruhi kehidupan anak-anak dan memberikan contoh serta persekitaran yang selamat serta selesa kepada ahli keluarga. Juga dengan memenuhi tanggungjawab dan peranan sebagai jiran yang baik merupakan salah satu daripada tanda keimanan dan contoh kebaikan kepada diri sendiri dan keluarga.
Tidaklah bergelar muslim yang baik dan benar apabila seseorang itu memiliki nama terkenal dan berceramah atau melakukan dakwah tabligh ke masjid-masjid dan rumah orang lain sedangkan jirannya sendiri tidak didakwah dan kewajipan kepada ahli keluarga dan jiran yang berhampiran pun tidak dipenuhi.
Islam itu mementingkan hubungan kemanusiaan yang baik dan menghimpunkan di antara keimanan kepada Allah dan hari akhirat dengan kelakuan baik serta akhlak dan budi perkerti mulia terhadap insan dan hamba Allah yang lain.
Marilah kita bersama-sama menjadi jiran yang baik dan berdoa kepada Allah swt seperti sabda baginda : “Ya Allah berikanlah aku perlindungan dari jiran yang jahat di tempat tinggalku” .
6.0 RUJUKAN
- SUMBER RUJUKAN BUKU:Nama pengarang:Marzuki SepiaailRina Fakhizan Mohd SukriAlias Mat SaadTahun diterbitkan: 2016Tajuk buku: Komuniskasi dan Penyiaran dalam IslamTempat diterbitkan:Oxford Fajar Sdn.Bhd. (008974-T)4 Jalan Pemaju U1/15 Seksyen U140150 Shah AlamSelangor Darul Ehsan.Penerbit: Oxford Fajar
- http://sekutumbungaros.blogspot.com/
- http://konsepkejiranan97.blogspot.com/2017/07/konsep-kejiranan.html
- http://fatientierah.blogspot.com/2017/03/hak-hak-jiran.html
- http://dee5adis17hakjiranpolisas.blogspot.com/2018/01/konsep-kejiranan-dan-hak-hak-jiran.html
7.0 LAMPIRAN
No comments:
Post a Comment